Kertas 2 Tahun 2002 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a) Pasukan rumah sukan anda telah berjaya menjadi johan dalam temasya sukan tahunan sekolah.

Tuliskan langkah-langkah yang telah dibuat oleh pasukan rumah sukan anda sehingga berjaya dalam pertandingan tersebut.

(b) Sejak akhir-akhir ini permainan tradisional kian dilupakan.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan ini semula?

(c) Baru-baru ini anda telah terbaca berita di sebuah akhbar tempatan tentang kejayaan seorang rakan anda yang memenangi pertandingan menulis cerpen peringkat negeri.

Tuliskan sepucuk surat mengucapkan tahniah kepada kawan anda itu.

(d) Pihak sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan seorang guru yang akan bersara. Dalam majlis tersubut, anda diminta menyampaikan ucapan.

Sediakan teks ucapan anda itu.

(e) Peribahasa "jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu", sering kali disebut dalam masyarakat kita.

Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu.
SOALAN 2a JWP
Arahan:
Kaji graf di bawah dengan teliti. Berdasarkan graf tersebut, huraikan faktor-faktor yang menyebabkan penggunaan air di kawasan bandar melebihi kawasan luar bandar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
SOALAN 2b JWP
Arahan:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian ringkaskan hingga menjadi tidak lebih daripada 80 patah perkataan sahaja. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Minat membaca rakyat negara ini masih belum boleh dibanggakan berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jepun. Sesungguhnya, rakyat Malaysia belum lagi mempunyai budaya membaca. Pada mereka, membaca hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang sambil menghiburkan hati. Oleh itu, sudah pastilah bahan bacaan ringan seperti komik dan majalah menjadi pilihan mereka. Kandungan bahan bacaan ini tidaklah berat sebagaimana yang terdapat dalam terbitan yang berbentuk ilmiah seperti buku rujukan, jurnal dan majalah.  Lantaran itu, bahan bacaan ringan menjadi pilihan utama sama ada golongan pelajar, pekerja mahupun orang awam.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, maka bahan-bahan bacaan ringan dan kurang ilmiah akan berlambak di pasaran.  Oleh yang demikian, usaha perlu dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya ialah, kempen kesedaran perlu diadakan sejak di bangku sekolah lagi agar para pelajar dapat memilih bahan bacaan yang sesuai dan bermutu tinggi. Usaha ini akan melahirkan masyarakat berilmu sekali gus melambangkan kemajuan bangsa. Selain itu, peranan penerbit juga penting dalam memastikan bahan-bahan yang diterbitkan berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Kesimpulannya, para pembacalah yang menentukan sama ada bahan yang hendak dibaca itu mendatangkan manfaat atau sebaliknya. Oleh itu, semua pihak perlulah berkerjasama untuk membentuk masyarakat berbudaya membaca.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.
(i) Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah)
(ii) Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)
(iii) Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
(iv) Limpahan Darah Di Sungai Semur (Zakaria Salleh)
(v) Pahlawan Pasir Salak (Mohd. Ismail Sarbini)
(vi) Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)
(vii) Timulak Kapal Perang (Azmah Nordin)
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)
(ix) Panas Salju (Talib Samad)
(x) Merdeka! Merdeka! (A. Rahman Hanafiah)
(xi) Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)
(xii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Noordin)
Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com