Make your own free website on Tripod.com
 
Apa itu PMR?
PMR ialah Penilaian Menengah Rendah. Ia merupakan peperiksaan kebangsaan yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah di peringkat menengah rendah.

Siapa yang menduduki PMR?
Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Tiga sekolah menengah rendah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.

Pelajar daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil) semestinya telah mengikuti program kelas peralihan setahun sebelum menduduki
Tingkatan 1.

PMR terbuka kepada pelajar Tahun Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Peperiksaan ini juga terbuka kepada calon persendirian perseorangan.

Apakah objektif PMR?
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar diakhir tahun tiga sekolah menengah.
 
(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia)
Apakah mata-mata pelajaran yang diuji?
PMR menawarkan mata-mata pelajaran berikut:
BIL KOD SUBJEK
1. 02 Bahasa Melayu
2. 12 Bahasa Inggeris
3. 21 Sejarah
4. 23 Geografi
5. 31 Bahasa Arab (Komunikasi)
6. 32 Bahasa Cina
7. 33 Bahasa Tamil
8. 34 Bahasa Punjabi
9. 37 Bahasa Iban
10. 45 Pendidikan Islam
11. 50 Matematik
12. 55 Sains
13. 76 Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 1)
14. 77 Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 2)
15. 78 Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan 3)
Bagaimana PMR dilaporkan?
Semua mata pelajaran yang diambil dalam PMR akan dilapor dalam bentuk pernyataan keputusan peperiksaan. Keputusan akan direkod mengikut peringkat (gred) seperti berikut:
TAKRIF
A - Cemerlang
B - Kepujian
C - Baik
D - Mencapai tahap penguasaan minimum
E - Tidak mencapai tahap penguasaan minimum
Prestasi pelajar dalam kerja kursus akan digred seperti berikut:
TAKRIF
1 - Baik
2 - Memuaskan
3 - Tidak mencapai tahap penguasaan minimum
4 - Dikecualikan
5 - Tidak Melaksanakan