Kertas 2 Tahun 2001 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Di tempat tinggal anda, kemudahan awam sering dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda sebagai wakil penduduk kawasan itu dikehendaki menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Tulis surat anda itu selengkapnya.

(b) Anda telah mewakili sekolah anda ke Program Bina Semangat dan Motivasi yang dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah tempat anda. Pelbagai pengalaman yang menarik telah anda tempuhi.

Ceritakan pengalaman anda itu.

(c) Teknologi maklumat telah berkembang pesat di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai pelajar, bagaimanakah perkara ini dapat dimanfaatkan?

Terangkan pendapat anda itu.

(d) Anda telah berpeluang menemu ramah seorang tokoh sukan untuk mengetahui penglibatan, kejayaan dan perancangan beliau dalam bidang sukan yang diceburuinya.

Tulis temu ramah itu selengkapnya.

(e) Pemuliharaan alam sekitar di negara kita menjadi tanggungjawab pihak berkuasa.

Bincangkan pernyataan di atas.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual, huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut. Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Lazimnya orang yang tidak berdisiplin lebih __(1)__ untuk membuat semua kerja tetapi tidak pula __(2)__ sebarang komitmen secara serius terhadap kerja yang hendak __(3)__. Rasional yang diberikan begitu longgar __(4)__ tidak ada masa. Jika orang lain __(5)__ dalam kerja-kerja komuniti, mereka juga mahu __(6)__ bahagian tetapi tenggungjawab yang diamanahkan kepada mereka __(7)__. Disiplin bererti mengawal diri, berkorban dan mengelak __(8)__ sebarang godaan atau gangguan. Pembentukan disiplin __(9)__ kepada fokus yang berpanjangan. Apabila sesuatu kerja itu dilakukan, kerja itu __(10)__ secara kosisten, bukan ikut suka atau rasa hati semata-mata.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com