Kertas 2 Tahun 2000 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Dari setahun ke setahun, semakin banyak pendatang asing yang berhijrah untuk mencari kehidupan baru di Malaysia.

Bincangkan faktor-faktor yang pada pendapat anda menyebabkan keadaan ini berlaku.

(b) Kawan anda menghadapi masalah dalam pelajaran. Dia sering mendapat markah yang kurang memuaskan. Sebagai kawan baiknya, anda ingin memberikan nasihat dan pandunan bagi meningkatkan prestasi pelajarannya.

Tulis nasihat dan panduan anda itu.

(c) Masyarakat Melayu dahulu kaya dengan peribahasanya. Antaranya, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

(d) Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk syarahan itu ialah "Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara".

Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

(e) Sekolah anda baru sahaja selesai mengadakan acara Merentas Desa. Sebagai setiausaha rumah sukan, anda diminta menulis laporan tentang perjalanan acra tersebut untuk disampikan kepada guru penasihat rumah sukan.

Tulis laporan itu selengkapnya.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji carta di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta, huraikan Bilangan Guru Sekolah Bantuan Kerajaan sehingga 31 Januari 1999. Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Siri kartun animasi merupakan rancangan televisyen yang paling diminati pada masa ini. Kebanyakan siri kartun yang __(1)__ menggunakan unsur-unsur tempatan. Kartun-kartun ini bukan sahaja __(2)__ penonton malah memberikan pengajaran tentang kehidupan sehari-hari. Ada __(3)__ mengatakan bahawa siri kartun merupakan bahan yang __(4)__ sesuai untuk mendidik kanak-kanak. Ini __(5)__ siri kartun animasi yang dihasilkan tidak mengandungi __(6)__ yang negatif. Tambahan pula, kebanyakan siri ini adalah __(7)__ Malaysia. Langkah ini selaras dengan kehendak __(8)__ yang mahu siri kartun tempatan dihasilkan __(9)__ untuk hiburan dan pada masa yang sama dapat __(10)__ generasi muda.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com