Make your own free website on Tripod.com
 
Kertas 2 Tahun 1999 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Persatuan sejarah sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke satu tempat bersejarah di negara ini.

Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda diminta menulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan memohon kebenaran melawat ke tempat tesebut.

Sediakan surat tesebut selengkapnya.

(b) Memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan unit berpakaian seragam seperti Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja dan sebagainya banyak memberi faedah kepada pelajar.

Huraikan faedah-faedah yang akan anda dapati dengan menyertai satu daripada pasukan pakaian seragam itu.

(c) "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Begitulah bunyi peribahasa Melayu.

Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

(d) Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Jaya Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda.

Ceritakan pengalaman anda itu.

(e) Faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan sesebuah sekolah ialah disiplin.

Pada pendapat anda bagaimana kita dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual itu, huraikan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Menabung sebagai satu amalan yang sihat berteraskan __(1)__ untuk faedah masa depan. Malangnya masih banyak golongan remaja tidak __(2)__ terhadap amalan yang baik ini. Sebaliknya, mereka lebih __(3)__ menghabiskan wang kepada perbelanjaan yang tidak menguntungkan. __(4)__ seseorang pelajar, menabung menjanjikan pelbagai __(5)__ pada masa depan lebih-lebih lagi __(6)__ mereka mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke __(7)__ yang lebih tinggi. __(8)__ itu, menabung seolah-olah sebagai langkah mempersiapkan diri __(9)__ sebarang kemungkinan, __(10)__ kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com