Kertas 2 Tahun 1998 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Ketiadaan lampu jalan (awam) di kampung anda telah mendatangkan masalah kepada penduduk kampung. Selaku setiausaha jawatankuasa kampung, anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pihak Majlis Daerah berhubung dengan masalah tersebut.

Tuliskan surat tersebut selengkapnya.

(b) Kurangnya penglibatan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dikatakan sebagai punca meningkatkan gejala sosial di kalangan remaja.

Berikan pendapat anda.

(c) Aktiviti gotong-royong anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda telah diadakan secara besar-besaran pada minggu yang lalu. Andaikan anda sebagai pemberita bagi syarikat akhbar tempatan dan anda dikehendaki membuat berita bagi aktiviti tesebut.

Tuliskan berita tersebut selengkapnya.

(d) Pencemaran alam sekitar di negara kita kian meruncing. Masalah jerebu di ruang udara negara kita mengacam kesihatan orang awam.

Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah pencemaran udara ini.

(e) Lengkapkan karangan ini sehingga menjadi cerita yang menarik. Mulakan cerita anda dengan:

"Azman, Pak Ngah yakin bahawa kamu mampu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ke atas dirimu. Peliharalah adik-adikmu kerana kamu sahajalah yang dapat membantu mereka setelah ketiadaan kedua-dua orang ubu bapamu".
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji carta pai di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta pai itu, huraikan mengapa kita mengimport makanan dari luar negara. Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Terdapat berbagai-bagai bentuk dan cara bungkusan belacan mengikut kehendak pengeluarnya di seluruh negara. Namun demikian cara membuatnya sama, cuma __(1)__ sahaja yang mungkin berbeza. Belacan yang baik lebih __(2)__ pada persediaan bahan mentahnya. Biasanya udang geragau __(3)__ untuk menghasilkan belacan yang baik. Udang tersebut __(4)__ dahulu sebelum dicampurkan dengan sukatan garam __(5)__ rasa. Kemudian, udang ini diperam semalaman. __(6)__ keesokan harinya, udang itu dijemur kira-kira 3 jam __(7)__ cuaca panas terik. Selepas itu barulah udang ditumbuk atau dikisar __(8)__ menggunakan mesin. Seterusnya, udang yang telah diproses itu diperam __(9)__ ketika. Kemudian belacan itu dijemur sehingga 60 peratus kering __(10)__ dipasarkan.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com