Kertas 2 Tahun 1997 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Kawan karib anda sering ponteng sekolah sehingga menjejaskan pelajarannya.

Tuliskan nasihat yang patut anda berikan kepadanya agar kawan karib anda berubah sikap.

(b) Sebagai Pengerusi Kelab Rakan Muda, anda diberi tanggungjawab untuk mencari lebih ramai belia menyertai kelab tersebut. Untuk itu, anda mengadakan satu ceramah tentang kebaikan menyertai Kelab Rakan Muda.

Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.

(c) "Hidup bermuafakat membawa berkat" merupakan tajuk syarahan yang akan anda sampaikan dalam satu pertandingan syarahan.

Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya.

(d) Anda telah dipilih menjadi ketua satu kumpulan untuk menyiapkan satu projek kemahiran hidup di sekolah anda.

Tuliskan tindakan-tindakan yang telah anda ambil sebagai ketua untuk menjayakan projek tersebut.

(e) Anda merupakan setiausaha satu daripada persatuan yang ditubuhkan di sekolah anda. Persatuan itu telah menyertai program "Gotong-royong Bersama Penduduk" di tempat anda.

Tuliskan laporan tentang kegiatan yang sertai itu untuk dimasukkan ke dalam majalah sekolah anda.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual itu, huraikan mengapa terdapat perbezaan kuantiti pembelian antara bahan-bahan makanan tersebut. Huraian anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Menjalang tahun 2020, akan wujud teknologi yang dapat mengajar apa sahaja kepada sesiapa juga pada bila-bila masa. Kanak-kanak dan orang dewasa akan __(1)__ menekan butang komputer peribadi di rumah __(2)__ mempelajari apa sahaja yang ingin diketahui. Malah __(3)__ komputer boleh mengajar seseorang sehingga dapat __(4)__ pelbagai maklumat. Perkembangan teknologi komputer masa kini __(5)__ seseorang pelajar mempelajari sesuatu di rumah secara __(6)__. Dengan penggunaan komputer yang canggih dalam sistem pendidikan, __(7)__ sekolah juga akan berubah dan menjadi __(8)__ luas. Malah, sekolah akan menjadi institusi pengurusan __(9)__ beroperasi secara jelas. Ibu bapa boleh memilih sekolah yang __(10)__ dengan nilai yang mereka kehendaki. Anak mereka akan diawasi bukan sahaja dari segi pelajaran, tetapi juga dari segi kesihatan, kebajikan dan sebagainya.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com