Kertas 2 Tahun 1996 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Warga tua merupakan golongan yang banyak berjasa kepada negara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Masyarakat perlu menghormati mereka.

Tuliskan pendapat anda tentang cara terbail golongan muda menghotmati dan menghargai warga tua.

(b) Abang anda telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Anda telah bertanya kepadanya tentang rahsia kejayaan itu.

Tuliskan kembali maklumat yang anda peroleh daripada abang anda itu.

(c) Seni mempertahankan diri bukan bertujuan menunjukkan kekuatan. Seni mempertahankan diri lebih kepada membina kekuatan fizikal, mental dan moral seseorang.

Huraikan maksud pernyataan tesebut.

(d) Pada musim cuti yang lalu, anda telah menyertai ekspedisi menjelajah Malaysia selama beberapa hari.

Ceritakan pengalaman anda itu.

(e) Kemudahan awam banyak disediakan untuk kegunaan orang ramai. Walau bagaimanapun, kemudahan ini sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan kemudahan awam yang disediakan itu.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji graf di bawah dengan teliti. Huraikan jenis-jenis rancangan yang digemari oleh penduduk Kampung Saga antara bulan Januari hingga April tahun 1996. Panjang huraian itu hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Masyarakat kampung merupakan tulang belakang kepada kesejahteraan ekonomi negara. Mereka tidak jemu-jemu __(1)__ tulang demi masa depan mereka untuk __(2)__ keluaran sektor pertaninan, satu komponen penting dalam __(3)__ ekonomi negara. Menyedari hakikat betapa pentingnya pengorbanan mereka itu, kerajaan __(4)__ untuk mengagih-agihkan kekayaan negara secara adil. Diharapkan masyarakat kampung turut mendapat __(5)__ daripada kemakmuran negara. Dengan itu __(6)__ Projek Kampungku yang bertujuan untuk menigkatkan taraf __(7 )__ masyarakat di desa, di samping memupuk semangat kekeluargaan agar mereka tidak lagi __(8)__ bergantung kepada orang lain. Kerajaan juga ingin melahirkan __(9)__ yang dapat menghadapi segala cabaran dalam dunia yang penuh dengan __(10)__ sengit untuk terus hidup.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com