Kertas 2 Tahun 1995 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Anda ingin menemui seorang tokoh di tempat anda.

Tuliskan sepucuk surat kepada tokoh berkenaan. Dalam surat itu nyatakan tujuan dan sebab-sebab anda ingin menemui beliau.

(b) Pelajar-pelajar sekolah anda didapati kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah.

Tuliskan sebuah laporan lengkap tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan itu.

(c) Anda sebagai anggota Kelab Berkebun dikehendaki memberi ceramah dalam satu perhimpunan sekolah. Tajuk ceramah itu ialah "Faedah Berkebun".

Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

(d) Kerja gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat sekarang.

Tuliskan sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian.

(e) Anda dengan beberapa orang rakan anda dalam perjalanan ke suatu tempat keramaian. Sebaik-baik sahaja tiba di tempat itu, hujan turun dengan lebatnya.

Tuliskan suasana di tempat keramaian pada masa hujan itu.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji carta pai dibawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta itu, huraikan mengapa penuntut kita di luar negeri. Huraian anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Sudah terbukti bahawa aliran vokasional bukan lagi menjadi pilihan kedua golongan belia di negara ini. Bilangan pelajar yang mengikuti aliran tersebut telah __(1)__ berikutan timbulnya kesedaran bahawa Malaysia memerlukan tenaga __(2)__ untuk menjadi negara perindustrian. Perdana Menteri pernah __(3)__ bahawa pembangunan tenaga manusia menjadi __(4)__ kepada pencapaian matlamat menjadi sebuah negara maju. Antara __(5)__ yang akan menentukan maju atau mundurnya __(6)__ perindustrian ini bergantung kepada kemampuan negara __(7)__ tenaga kerja yang sesuai dan mencukupi untuk __(8)__ bidang industri. Golongan belia hari ini menjadi __(9)__ negara kerana mereka mampu __(10)__ Malaysia negara industri menjelang tahun 2020.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com