Kertas 2 Tahun 1994 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Anda telah menghilangkan buku yang anda pinjam daripada kawan anda.

Tuliskan sepucuk surat kepada kawan anda itu , memohon maaf atas kejadian itu. Nyatakan juga cara terbaik yang anda lakukan supaya kawan anda tidak berasa hampa atas kehilangan buku itu.

(b) Anda telah tiba di rumah anda. Didapati pintu berkunci dan tidak ada orang di dalam rumah.

Tuliskan pengalaman anda itu dan nyatakan juga bagaimana akhirnya anda dapat masuk ke dalam rumah.

(c) Adik anda ingin benar menghubungi kawannya tetapi dia tidak tahu cara-cara menggunakan telefon awam.

Terangkan kepadanya, cara-cara menggunakan telefon awam itu. Nyatakan juga faedah-faedah yang kita dapati dengan adanya kemudahan telefon awam.

(d) Pelajar sekolah dikehendaki mengikut peraturan dan undang-undang yang dikenakan terhadap mereka, misalnya , berpakaian seragam pergi ke sekolah.

Pada pendapat anda, mengapakah peraturan dan undang-undang sekolah itu perlu dipatuhi?

(e) Pagi itu hujan, Anda dan adik anda berasa bosan tinggal di rumah. Anda telah berbincang dengan adik anda tentang perkara-perkara yang ingin anda dan adik anda lakukan apabila hujan reda.

Tuliskan dialog anda dengan adik anda itu.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Kaji carta aliran di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta itu, huraikan saluran-saluran yang perlu dilalui oleh seseorang untuk mencapai peringkat yang tertinggi dalam bidang pendidikan. Panjang huraian itu hendaklah lebih kurang 100 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Perpindahan belia dari desa ke kota mengikut perangkaan sebenarnya tidak diketahui. Apa yang __(1)__, kebanyakan desa pada masa ini, __(2)__ mempunyai penduduk golongan belia yang besar __(3)__. Di kebanyakan desa, mereka yang berumur __(4)__ 15 hingga 35 tahun tidak melebihi 15% __(5)__ jumlah penduduk desa itu pada __(6)__. Kebanyakan belia bekerja di kota-kota __(7)__ berhampiran. Oleh itu, tenaga kerja __(8)__ usaha-usaha pertanian seperti bertanam padi, __(9)__ getah dan mengangkap ikan, sebahagian besarnya __(10)__ daripada mereka mereka yang sudah berumur, yang sudah melebihi 45 tahun. Ini menjadi satu daripada sebab mengapa peringkat pengeluaran di desa-desa sangat sukar untuk ditingkatkan secara berkesan.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com