Kertas 2 Tahun 1993 : Bahasa Melayu
SOALAN 1 JWP
Arahan:
Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya kira-kira 180 patah perkataan.

(a) Anda telah turut serta dalam acara Merentas Desa yang diadakan oleh sekolah anda.

Tuliskan pengalaman anda itu.

(b) Ada pendapat mengatakan bahawa sikap berlumba-lumba perlu ada dalam diri seseorang untuk mengejar kemajuan.

Apakah pendapat anda?

(c) Didapati bahawa orang-orang Malaysia banyak memakan buah-buahan yang diimport daripada buah-buahan tempatan.

Nyatakan sebab-sebabnya dan cadangkan cara-cara mengatasi tersebut.

(d) Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan itu ialah "Faedah-faedah Menganggotai Kelab Kerjaya di Sekolah".

Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.

(e) Pembinaan beberapa kilang di kawasan tempat anda tinggal telah mengakibatkan pencemaran alam yang boleh mengganggu kesihatan penduduk.

Sebagai wakil penduduk di situ, tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan mengadukan masalah penduduk di kawasan anda itu berhubung dengan perkara tersebut.
SOALAN 2 JWP
Arahan:
Lihat piramid penduduk di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat dalam piramid penduduk itu, huraikan ciri-ciri penduduk Sabah dan Sarawak pada tahun-tahun berkenaan. Panjang huraian anda itu hendaklah lebih kurang 100 patah perkataan.
SOALAN 3 JWP
Arahan:
Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah dengan satu perkataan yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosong berkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu perlu disalin semula.

Cara kita berfikir akan lebih __(1)__ jika kita sentiasa menambah ilmu. Oleh itu, __(2)__ dan pendidikan sangat penting bagi __(3)__ cara berfikir dan sikap kita. __(4)__ kita tidak menambah ilmu pengetahuan kita __(5)__ membaca dan belajar dari pengalaman __(6)__ fikiran kita cepat menjadi __(7)__. Lantas apabila menghadapi sesuatu masalah, kita __(8)__ mampu bertindak mengikut cara lama yang __(9)__ kita lakukan. Sebaliknya, orang yang berilmu __(10)__ memikirkan berbagai-bagai kemungkinan bertindak sebelum berbuat sesuatu.

Sila laporkan jika terdapat sebarang kesulitan.
pmr_web@hotmail.com